-- SeREniTY 2007 --

Tuesday, January 23, 2007

Blog Baru Ana yg ke-3..

Lembaran baru ana...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Itulah pembuka bicara ana yang terzahir melalui blog ana yang ketiga ni. InsyaAllah.. kalam yang baik dari buah fikiran yang bernas dapat menghasilkan sesuatu yang dapat dijadikan peringatan bersama.. yup, itulah yang ana harapkan.. coretan ataupun luahan hati ana pun boleh jadi termeterai di sini.. yang penting bukan nak timbulkan apa2 isu cuma sekadar menyatakan 'opinion' bak kata omputeh..

Untuk yang tak berapa sihat, ana doakan semoga cepat sembuh.. bawa2lah berehat.. sesungguhnya dah sunnatullah ujian tu sume.. jaga kesihatan..

Ini kali pertama ana posting di blog baru ana ni. dan ini juga adalah kali pertama ana posting pd tahun 2007. Tahun baru masihi ni tedapat banyak perubahan dari segi perkara yang perlu ana fikirkan.. 1st December 2006 ana dah mula wat medical checkup for kidney donor.. ana dah bertekad mahu dermakan satu buah pinggang pd umi ana.. Allah menguji kerana DIA sayang.. setiap kali pegi wat medical checkup mcm2 la yg ana temui..

Sekadar mencoret tinta.. ana masih memegang amanah dalam expoconvo KUKTEM.. kali ni jadi ahli 'main board'.. dah keje memang selalu kene jadi SU.. so I'll try my best.. nak tahu sibuk tak sibuk.. hmm.. jadual ana padat.. tapi tu ah bak kata seorang sahabiah ana.. kita ni sebenarnya takkan bole mengurus masa.. tapi kita boleh menguruskan diri kita... tahun ni ana kurang menitskan air mata yg khudus.. sbb ana rasa air mata ana dah bnyk ditumpahkan kerana kesedihan yg lain.. ana mahu.. menangis di hadapan Allah sepertimana sering ana lakukan dulu.. adakah kerana kesibukan? adakah kerana keringnya hati ana? ana menari kembali 'sakinah' yang sudah tersedia berada dalam diri ana.. insyaAllah ana akan terus berusaha untuk mencari ketenangan tu kembali dengan rahmat Allah jua.

Orang lain.. kengkawan sem 6 ni dah mula kurang2kan.. mula memasifkan dir.. tapi ana.. masih terus menyibukkan diri dengan keterlibatan ana lagi.. mybe ana takkan serik..

Ada niat nak amik lesen kereta untuk kemudahan diri ana dan juga kengkawan. Masa depan punye pun ade.. mane tahu.. nak hntr anak2 ana nnti g sekolah... kalau bleh drive sendiri takyah la nak menyusahkan husband ana nnti.. sebenarnye manyak kepentingan (heheheh...:)

Dua tiga kucing berlari
Mane nak same si kucing belang
dua tiga boleh kucari
... saje xde modal pulak....

mate ana dah stim sgt.. nak lentok dah
(walahu'alam)